Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022
Imej
  MPU21032 ROHANA BINTI NAWI PENGENALAN Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat (termasuk kelompok etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya) yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni.Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro, pertengahan dan mikro. Hampir semua masyarakat dunia menjadikan Perlembagaan, sama ada bertulis ataupun tidak sebagai wahana untuk mengurus dan menghayati kemajmukan etika dan peradaban. Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Sifat Perlembagaan Persekutuan secara simboliknya adalah sebagai ‘kontrak sosial’ kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia.Walaupun begitu, Perlembagaan sering ditafsir oleh pelbagai pihak mengiku...