PENGENALAN
Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok
masyarakat (termasuk kelompok etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya)
yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan
secara aman dan harmoni.Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro, pertengahan dan mikro.
Hampir semua masyarakat dunia menjadikan Perlembagaan, sama ada bertulis ataupun tidak
sebagai wahana untuk mengurus dan menghayati kemajmukan etika dan peradaban.
Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan
sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Sifat Perlembagaan Persekutuan
secara simboliknya adalah sebagai ‘kontrak sosial’ kerana terkandung di dalamnya pelbagai
peruntukan yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia.Walaupun begitu,
Perlembagaan sering ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing
sehingga mendatangkan cabaran, bahkan juga perbezaan dan percanggahan. Namun begitu, walaupun
senantiasa ‘bertikam lidah, masyarakat Malaysia tidak berparangan’; dan setelah lebih 60 tahun
Perlembagaan itu wujud, masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur
KESIMPULANYA
secara keseluruhan yang kita dapat simpulkan disini bahawa kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara. Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Peruntukan-peruntukan utama perlembagaan merupakan satu asas yang menjadi tulang belakang kepada sistem pemerintahan di Malaysia
Ulasan
Catat Ulasan